Posted on Leave a comment

7 Tips Pemasangan Penyaman Udara Anda Perlu TAHU

Anda dah tahu sudah pun membeli penyaman udara yang sesuai dengan ruang yang ingin anda sejukkan. Walaupun kebanyakan syarikat pengeluar penyaman udara boleh membantu anda memasang penyaman udara, penting untuk anda mengetahui 5 perkara di bawah ini.

Keadaan tempat pemasangan merupakan salah satu faktor yang sangat penting untuk pemasangan penyaman udara. Jika keadaan sekeliling tidak sesuai, ia akan menyebabkan masalah di kemudian hari. Anda mungkin tidak akan dapat suasana sejuk yang diinginkan dan bakal menghadapi masalah teknikal yang kerap. Sudah tentu anda tidak mahu menghadapi masalah ini bukan? Jadi ikuti tip di bawah ini!

Pemasangan unit luar (outdoor)

1. Jauh dari tempat air terkumpul

Lokasi unit luar hendaklah dipasang jauh dari tempat air berkumpul terutamanya ketika hujan. Ia boleh menenggalamkan unit sekaligus merosakkan ia. Malah, walau hanya jumlah air yang kecil turut boleh menghakis badan dan bahagian dalam unit tersebut dalam jangka masa panjang.

2. Aliran udara yang bagus

Dipasang di tempat yang mempunyai aliran udara yang bagus seperti di ruang terbuka. Pastikan pembebasan haba dari unit luar tidak terhalang. Unit luar hendaklah dipasang tanpa halangan di bahagian luar. Jika unit luar berada di bawah, elakkan dari meletakkan barang-barang di atas dan depan unit kerana ini menghalang proses pemindahan haba.

3. Dipasang di tempat yang memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan.

Pemasangan unit dalam (indoor)

4. Elakkan cahaya matahari langsung

Pastikan kedudukan bangunan tidak terkena bahang matahari. Pada hari yang panas tutup langsir bagi menghalang sinar matahari. Malah jika anda memasang penyaman udara anda berhampiran lampu dan tv, ia turut mempengaruhi kesan penyejukan. Apabila hari dijangka akan panas pula, pasangkan penyaman udara lebih awal bagi mengelakkan rumah daripada menjadi terlalu panas.

5. Jarak antara siling dan penyaman udara

Jarak antara siling dan penyaman udara seharusnya tidak terlalu dekat dan sekurang-kurangnya terdapat ruang 7.5 cm atau lebih.

6. Tidak berhampiran pintu

Unit dalam juga tidak sesuai dipasang di lokasi berhampiran dengan pintu. Ia boleh mengurangkan kadar penyejukan bilik kerana udara sejuk mudah keluar dari bilik. Cuba minimumkan pelepasan udara sejuk melalui bawah pintu dan tingkap. Ini boleh membantu menggurangkan penggunaan elektrik bagi penyejukan. Lebih baik lagi jika anda dapat pastikan tingkap dan pintu sentiasa tertutup supaya bilik sentiasa sejuk.

7. Pasang di dinding yang kukuh

Dipasang di dinding yang kukuh. Pemasangan di dinding yang tidak kukuh akan menyebabkan unit bergegar, bunyi bising dan bahaya kepada pengguna.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *